Sabtu

Pegawai TNB dan pengantin-lawak

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
>> "Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar - benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.Pegawai TNB tu pun berkata
>>" ini rumah En. Mahpus ker?"
>>"iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata,
>>"Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.
>>" APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab
>>"ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata - kata pegawai TNB itu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
>>"APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan
>>" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
>>"nanti saya bincang dengan suami saya.."
lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ,dia pun memekik seraya berkata
>>"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh - heboh ke dalam internet. awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yang datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
>>"sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..."
kata-kata pegawai TNB tu membuat kan si mahphus naik berang.

>>"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap
>>" kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah
>>" apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap
>>" nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

Analisis Kesuburan-lawak

Pada satu hari, seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kesuburan dan jumlah kandungan sperma yang ada dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan sebuah botol lalu berkata,

"Pakcik ambil botol nie, esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik kat dalam botol nie ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor itu semalam. Tapi doktor tu tengok takde apa pun yang terisi kat dalam botol tu, kosong jer. Doktor tu bertanya ler kat orang tua tu, "Apsal pakcik tak isi contoh air mani pakcik dalam botol nie??".

Lelaki tua tu pun menjawab, "Tuan doktor, ceritanya begini, pada mulanya tu, saya guna tangan kanan saya, tapi tak dapat jugak. Kemudian saya gunakan plak tangan kiri, pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong. Isteri saya guna tangan kanan pun tak dapat, tangan kiri pun tak dapat. Kemudian isteri saya pakai mulut plak, tak dapat jugak. Pas tu dier gunakan gigi, pun tak dapat. Susah betul, sebab kami dah habis ikhtiar, saya panggil anak perempuan jiran sebelah rumah kami, dier pakai tangan dengan mulut jugak, pun tak dapat-dapat jugak", terang lelaki tua tu.

"APA??? Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..???", tanya doktor tu terkejut beruk. Lelaki tua tu pun menjawab lagi,

"Ya., betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami cuba, tapi masih jugak tak dapat nak bukak TUTUP BOTOL nie!!!"

Khamis

Hadiah Harijadi untuk Kekasih-lawak

Suatu kisah di sudut Kuala Lumpur

Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuannye  untuk temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat. 

Manakala adik Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik Hasan Jendul.Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu.

Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu (Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie);

Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik san, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat. Tapi San tengok adik San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak.San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try,sebab  Ayu punya saiz lebih kurang sama aja dengan promoter tu..

Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San. San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk kekasihku,Mek Ayu. 

Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu, 
Hasan Jendul
 
Kalau Ayu nak pakai nanti, San cadangkan stail terbaru sekarang ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.

p/s : baiknye SAN neh... untung sapa kenal dengan dia..

cara menguruskan badan-lawak

Ada seorang mamat yang gemuk , namanye Zali... Zali masuk ke fitness center untuk menguruskan badan.. seorang lelaki di kaunter bertanya kepada Zali"kami menawarkan 2 program disini... RM50 untuk versi 'biasa' dan RM100 untuk versi 'cepat'."

Zali  pon berkata, "saya ingat yang biasa lah sebab saya ni baru nak try kuruskan badan."

" ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.

Zali pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan Zali tak senang duduk,berpeluh.

perempuan tadi berkata, "kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. Zali pun kejar la.. kejar punya kejar sampai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi Zali kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nk turun berat bdn,.. memang berbaloi aku bayar RM50 td" katanya seorang diri.

keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut. dia ditegur oleh pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. Zali memilih untuk mencuba versi 'cepat' pula.

"baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.

setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglah seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata "saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalu saya dapat ... ... hehhehheee"


P/s : berminat nak kuruskan badan ,pilihan korang yang versi mane??? 

Rabu

merancang untuk hamil part 2

Terdapat banyak cara untuk mengetahui kesuburan anda. Salah satunya ialah melalui catatan suhu badan asas anda atau BBT (Basal body temperature). Tujuan carta BBT ialah untuk mengetahui bila ovulasi akan berlaku. Ia sangat berguna kepada mereka yang cuba untuk hamil, mengelak dari hamil atau untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka. BBT lebih senang diukur dengan termometer yang khas untuk mengukur BBT ini.


cuba ambil suhu badan sebaik sahaja bangun dari tidur iaitu sebelum membuat apa-apa aktiviti. Letakkan termometer didalam mulut selama 5 minit dan buat cacatan.Mulakan pada hari pertama anda haid. Catatkan setiap hari dan beri perhatian pada pertengahan bulan. Sebelum ovulasi, suhu badan biasa selalunya berada pada takat 36.2-36.4 darjah selsius. Selepas ovulasi, akan terdapat kenaikan sekurang-kurangnya 0.25 darjah selsius. Selalunya ia berada pada tahap 36.6 darjah selsius Sekiranya kenaikkan ini berkekalan selama 3 hari berturut-turut, bolehlah dianggapkan yang ovulasi sudah berlaku.
Perhatikan juga tanda-tanda ovulasi lain seperti, lendir vagina yang lebih melekit sedikit, rasa senak pada ari-ari dan pendarahan kecil dari faraj.

p/s :MyEm0.Com

Selasa

Fakta Ovulasi

Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan.
Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi.


Fakta utama ovulasi

  • Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
  • Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi.
  • Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
  • Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
  • Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi.
  • Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
  • Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
  • Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
  • Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
  • Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid

10 Mitos dan Fakta Infertiliti

Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita
Fakta Sebenar:
Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.



Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah
Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

Mitos 3: Sekiranya anda mengambil anak angkat, anda akan mudah hamil.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan anda tidak melakukannya dengan cara yang tidak betul.
Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.

Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja.
Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

Mitos 6: Membuat hubungan seks setiap hari meninggikan peluang hamil.
Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30’an
Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35% iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan.
Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.

Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil.
Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.

Sabtu

Senaman Kuatkan Tenaga Batin

Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:



1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar.

2. Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya;

I ) Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.

ii ) Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.

p/s : jgn malu-malu, selamat mencuba.. AWAS!!! yang dah berkahwin SAHAJE!!! ...

Disebalik kisah sepasang berus gigi


p/s : pandai-pandai la buat skrip sendiri..

apa boleh dibuat dengan peluru & senapang



p/s : kreatif kan.. menakjubkan...

baju dalam wanita koleksi unik

koleksi unik baju dalam wanita... kreatif sangat...




bra buah labu

bra kepala paip

bra lampu kelip-kelip

bra papan keybord + komputer
gile lah design gini, sape mau pakai..

bra lampu

bra balang ikan

bra daging (eee musti busuk)

bra pasu bunga

bra Mickey Mouse

bra bentuk tangan

Jumaat

merancang untuk hamil part 1

Fahami sistem reproduksi anda
Ramai dikalangan wanita yang kurang memahami tentang kitaran haid dan masalah haid pula adalah diantara soalan yang paling dikerap ditanya terutamanya di forum.

Sistem peranakan dan kitaran haid kita sebenarnya kejadian yang amat kompleks yang melibatkan beberapa hormon penting dalam badan.
Keseimbangan dan interaksi sihat hormon-hormon ini pula amat kritikal untuk memastikan ovulasi berlaku dan kitaran haid anda teratur setiap bulan

Mengetahui dengan mendalam bagaimana sistem reproduktif berfungsi  menjadi berguna apabila anda merancang untuk hamil kerana ia amat penting dalam menentukan peluang anda untuk hamil .

Setiap bulan badan akan mengalami perubahan semulajadi yang menolong ovari mengeluarkan telur yang bakal disenyawa ataupun tidak. Proses ini dipanggil kitaran haid.
Hari pertama haid anda datang dikira hari pertama kitaran haid anda. Selalunya berakhir 28 hari pada kebanyakan wanita tetapi sekiranya ia dalam lingkungan 21-35 hari kitaran tersebut masih dikira normal dan teratur. Kitaran haid tidak semestinya tepat setiap bulan, awal atau lewat 4-5 hari adalah perkara biasa bagi kebanyakkan wanita.

Semasa hari pertama haid, tahap hormon estrogen yang rendah waktu ini mendorong badan kita untuk mengeluarkan lebih hormon ( FSH ). Semasa hormon FSH meningkat tinggi, ovari mula merangsang pembentukkan folikel-folikel selalunya bermula dengan 20 folikel kecil yang dengan perlahan akan menjadi lebih besar diameternya beberapa hari kemudian.
Walaubagaimanapun, cuma satu sahaja dari folikel ini yang akan menjadi semakin besar dan matang dan seterusnya pecah mengelurkan telur


Ovulasi ialah proses untuk mengambarkan saat dimana telur dikeluarkan dari ovari. Pada masa ini, hormon estrogen menjadi tinggi merangsang satu lagi hormon yang dirembeskan dari otak iaitu LH mennyebabkan folikel pecah dan keluar dari ovari. Ia selalunya berlaku 14 hari selepas haid pertama sekiranya kitaran anda 28 hari. ( Disinilah lahirnya LH kit). Sekiranya kitaran haid anda 32 hari, telur selalunya akan keluar pada hari ke 18 dari hari pertama haid anda.

Masa inilah anda dalam kedaan subur sekali dan berkemungkinan besar akan hamil sekiranya pada masa yang sama anda bersama dengan suami anda.
Hormon progesterone pula yang dirembes oleh ovari selepas ovulasi akan menyebabkan dinding rahim iaitu endometrium menebal sebagai persiapan untuk meyambut kehadiran telur yang bakal disenyawakan.



Hormon estrogen yang tinggi pula menyebabkan berlaku rembesan yang banyak dari kelenjar serviks yang bertukar menjadi lebih licin dan jernih ( seperti putih telur). Perubahan ini terjadi untuk memudahkan perjalanan sperma dari faraj, ke rahim dan seterusnya ke salur fallopian.
Apabila telur dilepaskan dari ovari, ia akan bergerak perlahan lahan di sepanjang salur fallopian dan sekiranya tiada persenyawaan, telur akan terlerai semasa didalam rahim.

Dinding rahim yang menebal untuk persiapan persenyawaan tadi tidak lagi diperlukan dan akan gugur disebabkan hormon progesteron yang turun secara mendadak ( selepas 14 hari dari tarikh ovulasi) dan dinding rahim tadi akan menjadi darah haid dan kitaran haid baru bermula.

Sebab itulah ujian progesterone dibuat pada hari ke 21 sebagai salah satu ujian infertiliti untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Ujian LH /FSH pula dibuat untuk menentukan samada terdapat keseimbangan hormon ini pada hari ke 2 atau ke 3 kerana jika tiada keseimbangan, besar kemungkinan folikel gagal matang dan ovulasi tidak berlaku.

Apa yang berlaku sekiranya berlaku persenyawaan?

Sekiranya telur tersenyawa, ia dengan perlahan lahan akan berjadi embryo dan bergerak dari salur fallopian kearah rahim.  Selepas 1 minggu dari tarikh telur dilepaskan, ia akan memasuki dinding rahim yang menebal tadi dan implantasi berlaku.

Pada masa ini hormon HCG akan dirembeskan dan hormon inilah akan dikesan semasa ujian air kencing atau darah .

p/s : saya nak baby..  http://www.emocutez.com

Khamis

Joyah seksi-lawak

al-kisah seorang perempuan seksi yang boleh dikatakan menjadi pujaan kampung yang digelar, Kg Lalalitamplom. Sebenarnya nama kampung tu tak penting dalam penceritaan ini, yang saya nak ceritakan ialah berkenaan seorang perempuan seksi yang bernama joyah.



Joyah sebenarnya adalah perempuan seksi yang menjadi kegilaan setiap lelaki dikampung itu, tetapi malangnya sidia ni sengetlah sikit (mereng).

Nak dijadikan cerita, suatu hari si Joyah ni disuruh oleh Maknya ke kedai Pak Sood untuk membeli kelapa parut. Ibunya memberi duit sebanyak rm2.50,lalu Joyah pun pergi lah seperti biasa ke kedai Pak Sood tu.. Kerana jolokan seksi yang diberikan pada si Joyah ni, maka cam biasalah dia pergi pakai skirt la (supaya gelaran tu tak hilang).. hoho..

Dia pun berjalan dengan lagak 3 sukunya sambil terlenggok-lenggok. Sampai sahaja di kedai, dia pun berkata “Pak Sood, kelapa parut 2 biji”.. Pak Sood pun tersentak tengok lagak si Joyah yang seksi sambil terlopong mulutnya, menampakkan giginya tak complete.


Disebabkan Joyah nampak seksi dengan memakai skirt, Pak Sood pun mendapat satu akal, dan berkata, “Ala Joyah tak yah beli la Joyah, amik je la atas pokok kelapa kat sebelah kedai Pak Sood ni ha, FREE jek”. Joyah pun menjawab, la ye ke, tak yah bayar?, bestnye” . Pak Sood pun membalas “A ah, amik je la.. tapi kena panjat sendiri la ye.. sebab takde orang nak tolong panjatkan. “Takpe, Joyah boleh panjat sendiri janji FREE, hehehe” Joyah suka gaya tak menentu..

Joyah pun apa lagi, terus la panjat pokok tu, pap pap pap, bunyinye memanjat, ngalahkan monyet.. tapi tanpa Joyah sedar, semasa dia tengah panjat pokok tu, rupanya Pak Sood dah ada kat bawah pokok dengan kawan-kawan dia tengah tengok si Joyah memanjat, punye lah suka diaorang tengok, Joyah pakai skirt la katakan.. selepas itu, Joyah pun turun. Pak Sood pun bertanya, “dah ke? Amik lah lagi” Joyah menyapa “La, Pak Sood.. penat la.. tapi FREE punye pasal takpe la, saya amik lagi ye?” dia pun panjat lagi. Suka la si Pak Sood dan kengkawan dia sambil menjilat jari. (Tajaan KFC)

Hoh.. dipendekkan cerita, si Joyah pun balik la.. la la la la, sambil menyanyai, suka sangat gayanya. Sampai sahaja di rumah, dia pun bagi kelapa yang dah siap diparut dan duit rm2.50. Terkejut mak si Joyah, “Aik Joyah, kau tak bayar ke kelapa parut ni?” Joyah jawab “tak bayar pun, Pak Sood bagi FREE sebab panjat sendiri pokok kelapa dia tadi” “Hah!!” terkejut mak si Joyah, “Ea Joyah, kau ni bodoh la, Pak Sood tu nak tengok SELUAR DALAM KAU la, tu yang dia suruh kau panjat sendiri “ “Laa.. ye ke mak? Nasib baik Joyah TAK PAKAI SELUAR DALAM” Joyah jawab dengan rasa gembira... hoho


p/s : pe punye bebal la si Joyah neh... sampai Pak Sood amik kesempatan keatas dia.http://www.emocutez.com

posisi seks

pelbagai posisi seks ditunjukan..


Rabu

salah siapa??

selamat malam semua.. tadi aku open FB, tetibe ternampak 1 video yg menarik perhatian aku.. so aku pon tonton le video tuh sampai habis.. korang nak tgk,,, klik video neh  VIDEO ...

siapakah yang patut disalahkan dalam hal ini?? ibu bapa?? anak tuh sendiri ? cikgu??
yang pompuan pon, awat la korang senang2 nak bagi boy yg belom tentu nak kawen dgn korang sentuh korang.. korang xtakut ke sampai terlanjur lebih dari sekadar ringan2.. tup2 bunting, time tuh baru nak sedar ke?? 2 pon kalu sedar, kalu x.. lagi la bergelombang dengan maksiat.. berpesta ria la setan , tgk anak adam & hawa hanyut dek kerana kejayaan menggoda UMAT NABI..  aku berdoa moga tuhan beri petunjuk pada korang yg dah hanyut.. kalu dah suke sangat, kawin aja.. xdela banyak dosa korang nak tanggung..

p/s : agak terkejut tgk video neh.. siyes weyh...dah la tempat terbuka.. bole plak bermadu asmara..

Selasa

Vending machines yg pelik tp menarik

kalu ada mesin neh, comform ramai le tukar otak tiap2 hari..

wow mudahnye beli ganja.. makin ramai le penagih, sbb senang dapat bekalan...http://www.emocutez.com
perghhh kad kredit pon diterima.. dasat!!!http://www.emocutez.com
nak pakwe segera... pilih ciri2 yg korg nak...

kad pengenalan... penjahat senang le nak tukar ic.. polis xdapt nak cari dorg..

kedai salon xyah beroperasi le, sbb dah ada mesin cuci rambot..

kecian tgk ayam neh, dok dlam balang sempit..uiks xde ayam jantan, mne bole ayam bertelor..

bila kucing melaram









p/s : comey sangat2...

Isnin

Kenapa wanita enggan berpoligami?

Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.

Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.

Siapa yang sanggup terjun ke 'lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.
Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.

Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi.

Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.

Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.

Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri.

Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain. Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya.

Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif.Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia.

Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh.Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama.

Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah 'keras hati'.
Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah.

Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati.Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula.
Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.


info daripada iloveislam

p/s : mintak dijauhkan ini semua dalam hidup aku,..

senyum

rumah puaka-lawak

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata, " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini !
" Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian. " Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !http://www.emocutez.com

Sabtu

Tip Mudah Penjagaan Payudara

Salah satu bahagian terpenting dalam anggota badan manusia (terutama utk wanita)...selame u ols  memilikinye , penah tak u ols amik tahu hal ini??? hah, musti ada yg jawab ye & ada yang jawab tidak(jgn tipu erk, tuhan mare)..owh nonono , u ols xbole wat gitu, so sue akan kongsi sikit tips yg sue dapat dengan u ols  sume yerk.. bg yg amik tahu, bole gaks check, tgk samada betol tak pe yg u ols dah praktikkan..


 
1. Periksa payudara anda

U ols digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara u ols sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk u ols lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid, payudara u ols masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor.

2. Jauhi pembedahan

Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum u ols mengambil keputusan untuk melakukan u ols digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang u ols akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.

3. Kesihatan payudara

Bagi mendapatkan bentuk payudara ynag menawan, u ols digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat memberi kepuasan kepada u ols kerana ia akan menjadikan payudara u ols cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral :

i) Senaman biasa
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil u ols memandang ke atas.
-u ols diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.

ii) Yoga
-untuk melakukan senaman secara yoga u ols perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.

4. Sentuhan lembut

Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara u ols. Cara urutan yang disyorkan kepada u ols adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara u ols.

5. Menjaga kebersihan payudara

Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila u ols melakukan pemeriksaan, u ols haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian puting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting.

6. Guna baju dalam yang sesuai

Apabila u ols memilih baju dalam, u ols haruslah memilih mengikut kesesuaian u ols. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu , haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada di dalam keadaan yang betul.

7. Penyusuan

Ketika menyusukan bayi, u ols haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi  tidak menarik payudara . Di dalam proses penyusuan berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam.

u ols juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.

8. Jangan ramas payudara(utk yg dah kawen) 

U ols dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara u ols lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi u ols harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.

p/s : hargailah anugerah tuhan yg xternilai ini.. kalu yg kecik tuh, xpyh nk besarkan, & sebaliknye.. bersyukur apa yg ada.. daripada xada langsung...untuk lelaki pon bole gaks.. dorng pon ada payudara .. http://www.emocutez.com

Tidur Sekatil Dengan Suami Orang..apa cer?


Teman saya ini (namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy. Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya.

Otak yang cemerlang, sikap yang profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakin jatuh hati kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal peribadi mencampuri urusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy. Suatu hari atas urusan pejabat mereka berdua terpaksa pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 bilik tetapi kerana ada 1 bilik maka dia meminta pendapat Ema. oleh sebab sangat penat Ema setuju untuk sebilik dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan keadaan darurat tersebut)!
Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela bilik. Masalahnya, kamar tersebut hanya memiliki 1 katil  dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai.

Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil. Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:
Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur sekatil dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya.
"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong tutup jendela ?"
Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi:
"Abg Andy..."
Kali ini Andy langsung menjawab: "Ema, kamu kesejukan ke? MAHUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"
Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya terus gemuruh mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Andy?"




























"Maksud saya, boleh kan Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka
tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

p/s : ishhh korg pikir apa hah!!! http://www.emocutez.com

Surat Putus Cinta-lawak

Dear All,
This one is very ... .the very... .
Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur.
Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.
Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...


Mike... .
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.
Safe walk.. Tijah

p/s : aku nak blaja la speaking dgn tijah neh.. hebat siot.. http://www.emocutez.com
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...