Jumaat

pemakanan untuk kesuburan



soalan:

APAKAH makanan terbaik bagi wanita yang belum hamil untuk menguatkan rahim, memperbanyakkan telur yang matang, subur dan cepat hamil?
Apakah jenis makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang belum hamil demi menjaga kesuburan, telur dan rahim?
Saya juga ingin tahu mengenai makanan terbaik untuk ibu hamil dan makanan yang harus dielakkan oleh mereka. Adakah sebarang vitamin untuk ibu hamil bagi mendapatkan anak yang bijak dan sihat sejak dari dalam kandungan lagi? 


Jawapan:
PEMAKANAN segar dan berkhasiat yang diambil berpandukan keperluan kalori serta mengikut piramid makanan adalah pilihan terbaik.

Istilah ‘menguatkan rahim’ adalah istilah yang tidak tepat atau pasti kerana rahim terbentuk daripada tiga lapisan otot yang sememangnya kuat untuk mengembang sepanjang kehamilan dan mengecut sewaktu kelahiran serta kembali kepada saiz asal dalam waktu berpantang.

Mungkin apa yang dimaksudkan adalah lapisan terdalam rahim yang menyalurkan makanan kepada kandungan. Sewaktu kehamilan, lapisan endometrium ini dinamakan desidua, namun kemudiannya bekalan makanan janin bergantung kepada uri dan ibunya.

Begitu juga dengan persoalan mengenai makanan yang membanyakkan telur matang. Wanita dilahirkan dengan sejumlah telur yang tidak akan bertambah lagi bilangannya. Pada setiap kitaran haid bagi wanita subur, hanya satu sahaja telur matang manakala sekumpulan yang lain akan mengalah dan pupus.

Keadaan ini berlaku sehingga menopaus yang mana tiada lagi telur dikeluarkan. Pengambilan ubat hormon kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormon berkenaan.

Tanpa ubat hormon kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kitaran terbabit.

Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih berlaku kepada wanita yang lebih berusia, tanpa mengira pemakanan mereka.

Amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya daripada sudut perubatan moden belum terbukti.

Pada pendapat saya, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya.

Keperluan vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan mengikut air kencing atau najis.

Namun bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan kita dan memberi kesan negatif kepada sifat janin, contohnya vitamin A.

Saya percaya, amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan. Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya datang daripada formula makanan ibunya.

Tidak semua adik-beradik sesuatu keluarga (yang dikandung dan dibesarkan oleh ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama.

Khamis

penting ke dara atau teruna bagi seseorang




Hah, musti ada yg tersengih2, tersuke, teruja bca tajuk entry ini.. Apa yg sy mksudkan dgn DARA /TERUNA ialah, sesorg perempuan / lelaki yg tidak pernah melakukan persetubuhan(SEKS) sebelum nikah.. Zaman skrg sudah jauh berubah , jika dibandingkan dgn zaman dahulu.. Kalu dlu , jika seorg pmpuan / laki kehilangannye, mau nages semahu2nye.. Tpi skrg, bg mereka tuh hanye biasa saje..Mcm mkn kacang kuda tepi pantai(hehehe). Bg mereka , klu xhilang kesucian sebelum kawen, mereka diketegori sebgai kolot/ketgglan zaman..


Persoalanye..Tidak takotkah mereka, sekiranye dapat penyakit seks @ lebih teruk lagi, mendapat HIV /AIDS/ ..Ada nasib xbaik, tetibe mengandung ank luar nikah.. Sanggup membuang ank tersebut/ menggurkan kandungan.. (Kesan jgka panjang akibt mggugurkan kndungan, kemgkinan ssh nak dpat ank apbila suda nikah..)Sekiranye selamat dripda penyakit tersebut pon, tidak berasa besalahkah kpda psgan yg bakal kita nikahi secara sah.. Apakah keistimewaan yg bakal dirasai oleh bakal psgan nanti.. Jika rasia kesucian diketahui oleh pasgn , kemugkinan akan berlaku pergaduhan dlm rumahtgga.. 

Apakah pandangan anda tentang isu ini.. Bagi anda , xkira laki / perempuan.. Bolehkah anda terima psgan yg sudah hilang kesucian akibat terlalu mengikutkan perasaan/nafsu..

Rabu

Ditipu oleh bakal tunang





KUALA LUMPUR: “Dia ajak saya bercuti ke luar negara sebagai hadiah pertunangan, tapi saya tak mahu. Sebagai pengganti dia menempah sebuah kereta Ferrari untuk saya dengan menggunakan nama saya.


“Sudahnya, dia ghaib entah ke mana dan saya pula diburu penjual kereta yang meminta bayaran pendahuluan,” kata seorang wanita yang bukan saja terpaksa menanggung malu apabila majlis pertunangannya Sabtu lalu dibatalkan kerana bakal tunangnya menghilangkan diri, tapi turut kerugian RM50,000 selepas ditipu lelaki terbabit.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzana, 30-an, berkata lelaki terbabit berusia 40-an dikenalinya setahun lalu melalui laman web sosial, facebook sebelum mengadakan pertemuan buat pertama kali di Bukit Bintang, di sini, awal bulan ini.

Menurutnya, lelaki itu yang mendakwa dia kerabat diraja dan berpangkat Datuk kerap ‘menjual’ nama seorang ‘Tengku Mahkota’ serta seorang ‘Yang Dipertua Negeri’ dengan berkata seorang daripada mereka bakal menjadi ketua rombongan peminangannya.

“Bukan itu saja, dia juga menggunakan nama saya bagi menempah pelbagai barang kemas bernilai ratusan ribu sebelum menghantar gambar barang kemas dan kenderaan mewah itu melalui telefon bimbit kepada bapa saya.

“Dia turut menghantar pelbagai peralatan hantaran untuk majlis pertunangan kami ke rumah keluarga saya di Kota Bharu bagi meyakinkan pertunangan itu bakal menjadi realiti,” katanya.
Menurut Fauzana, lelaki terbabit juga mendakwa pertaliannya dengan keluarga diraja membolehkan dia menggunakan pesawat peribadi kerabat diraja itu bagi tujuan majlis pertunangan mereka.

Berikutan itu, bapa Fauzana berusia 60-an yang terpedaya status elit bakal menantunya mengadakan persediaan bagi majlis pertunangan Sabtu lalu, tetapi kecewa bakal menantunya itu menghilangkan diri serta gagal dihubunginya.

Berasakan dianiaya dan ditipu kekasihnya itu, Fauzana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, keesokannya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Fauzana berkata biarpun pertama kali berjumpa pada 10 Mac lalu, dia percaya lelaki itu kerabat diraja dan berpangkat Datuk.

“Malah, dia juga berjanji akan memasukkan wang lebih RM15 juta ke dalam akaun saya sebelum memberi alasan gagal berbuat demikian kerana ada masalah dengan Bank Negara,” katanya.

Fauzana berkata, walaupun wujud perasaan curiga terhadap lelaki itu, dia seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa, sebaliknya akur semua arahan selepas diberi alasan apa yang dilakukan semata-mata bagi memastikan majlis pertunangan berjalan lancar.

“Ketika itu dia meminta saya menyerahkan kad kredit, barang kemas, wang tunai dan semuanya mencecah RM50,000 dan mendakwa akan membayarkan semula,” katanya.

Fauzana mendakwa selama beberapa hari bersama lelaki itu di Kuala Lumpur, dia seolah-olah berada di alam lain dan tidak menyedari apa yang dilakukan selain patuh arahannya.

“Malah, pada 13 Mac lalu, dia membawa saya ke sebuah kedai barang kemas bagi menempah cincin pertunangan bernilai lebih RM400,000. Dia meyakinkan saya biarpun barangan kemas ditempah itu menggunakan nama saya, pembayaran akan dibuat keluarganya.

“Saya langsung tak sangka tindakannya membawa saya menempah sebuah kereta Ferrari hanya lakonan dan helahnya untuk menipu saya. Mujur juga saya tidak mengikutnya ke luar negara, jika tidak mungkin saya dijualnya di sana,” katanya.

Sebelum lelaki itu gagal dikesan pada hari pertunangan Sabtu lalu, penipuan terakhir dilakukannya ialah pada 17 Mac lalu dengan janji untuk membawa Fauzana bersama ahli keluarga di Kuala Lumpur pulang ke kampung dengan menaiki pesawat peribadi keluarga diraja.

“Namun, beberapa jam sebelum waktu berlepas, dia memberitahu penerbangan itu terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk mendarat. Sudahnya, saya terpaksa pulang ke kampung dengan penerbangan biasa.

“Bagi meyakinkan saya, dia menyerahkan kad ATM (mesin juruwang automatik) miliknya yang kononnya mempunyai baki RM6 juta, namun sebaik tiba di kampung kad itu tidak boleh digunakan dan dia pula gagal dihubunginya sehingga kini,” katanya.

Fauzana berkata, dia membuat laporan polis atas penipuan dilakukan lelaki itu bagi memastikan tiada wanita lain menerima nasib sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


p/s : inilah manusia, tambah2 perempuan, mudah sangat percaya dgan kata-kata lelaki.. sepatutnye kaji dulu asal usul pasangan, tambahan pulak kenal dalam laman sosial..lagi lah mudah orang nak menipu.. Pada kaum hawa, harap kejadian ini memberi pengajaran kepada anda semua agar lebih berhati-hati dengan lelaki..

Isnin

Amalan-amalan Semasa Mengandung

Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat.
Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.
Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:
  1. Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
  2. Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
  3. Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
  4. Surah Maryam.
  5. Surah al-Ikhlas.

Selasa

detik pertama itu

Tanggal 15.12.2010 lokasi kuantan, merupakan detik yang xkan aku lupakan .. Dimana tarikh tersebut aku mengetahui bahawa aku kini berbadan dua(syukur alhamdulillah).. Dalam keadaan yang aku sendiri xsedar.. Almaklumlah kitaran period xpernah teratur, so kalo terlewat pon mcm xada apa2 berlaku..
 
Sebelum `detik itu` 14.12.2010 lokasi Kuala Lumpur ,aku ada mengadu kepada mak mengenai sakit pada bahagian pewot(rasa mcm sakit senggugut tuh).. Sakit tersebut berlarutan lebih kurang 1 week .. Gi jumpa doc, doc ckap mybe awak nak dtg period (msa neh check dkat kuantan).. so aku pon tggu le, tp xjuga hilang sakit .. Last2 mak soh aku gi scan, tgk ada pe2 kt dlm pewot (msa tuh xsuspek yg ada bby pon, mak bujet ada ketumbuhan.. takotkan dgar..aku tggu balik k.l bru scan) .. Bile gi scan, doc plak ckap, ini scan nmpak bby saja..kalu ada ketumbuhan xnampak.. doc suruh g pakar ..

Hari pon dah nak malam, xsempat nak gi pakar.. Lagipon kul 8.00mlm , nak gerak balik kuantan.. So terpksa la tangguh program.. Sebelum bertolak, aku meminta suami utk membeli pregt test dkat farmasi(tetibe plak terpikir nak test, kot2 ada dah ke..hehehe)

Pagi esoknye, selepas suami gi keje, aku pon memulakan ujian tersebut.. TUP TUP ternampak naik 2 line.. Mcm xpcaya , selalu test nmpak 1 je, kali neh ada 2.(jelas sgat2). Jantong berdebar2, ati berkata`adakah aku mengandung`.. Tetap xpcya, aku biarkan pregt test selama 30 mint(xsenang duduk aku time neh).. Result tetap sama .. Amik hp, tgkap result & sent dkat suami( konon2 nak share dgn dia le)..

Suami pon sama, xpecaya.. Ada ke patut , dia tuduh aku tambh line guna pen(hak3, lawak2)... Tpi aku xpuas hati dgn result neh, so nak kepastian aku pon gi jumpe doc.. doc buat ujian air kencing..Huhuhu mmg nmpak dgn jelas ada 2 line juga.. doc ckap sah awak mengandung.. dia belek2 kelender kelahiran, smbil tnye  first date utk last bln dtg period .. Doc jangka due date aku 11.08.2011...

Lebih bermakna lagi, 20.12.2010 merupakan ari kelahiran suami aku.. Neh la ,adiah paling bermakna yg aku berikan pdanye..InsyALLAH jika diizikan ALLAH S.W.T, tahun ini kami berdua bakal bergelar seorg ibu & ayah.. DOAKAN SEGALA2NYE SELAMAT SAMPAI WAKTUNYE ..AMIN..


Isnin

bos dan setiausaha

Alkisah ada seorg lelaki yg berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEW disebuah sykt yg besar di KL… Pada suatu pagi.. Boss ini memanggil la dia punya seketeri masuk
ke
opisnya..seperti biasa.. seketerinya pun
masukla…
Tolong buatkan saya surat utk kita punya
client..
Si Boss ini pun mula la cakap dia punya
mukadimahnya.. biasa la Boss.. malas
nak tulis..
cakap punya cakap.. Boss ni pun
bangun.. dan
berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil
tangan
masuk dlm poket seluar.. 10 minit
kemudia acara
mengarang ayat pun habis.. si seketeri
pun mula
bersuara..
Seketeri: Boss.. pagi tadikan.. masa saya
nak
datang ke opis..saya nampak pintu
garage boss
terbuka..
Boss: (dlm keadaan kelam kabut) ye ke..
tak per,
nanti saya call rumah..terima kasih..
Si seketeri pun blah balik ke meja
dia..dan si Boss
pun call rumah dia tanya wife dia..
Boss: Yang tolong tengokkan garage
rumah
kita..pintu dia terbuka la..
Bini: Taklah bang..baru tadi I tengok ..
mana ada
terbuka..
Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengok
sekejap.
Bini: Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la
bang.
Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka
macam
mana org boleh nampak??
Bini: Okay lah.. okay lah.
Setelah setengah jam kemudia.. masa
Boss ni
tengah relek-relek..baru dia perasan yang
zip
seluar dia terbuka..(dah memang
perangai dia tak
suka pakai underware).. maka
nampaklah…mengelabahlah si Boss ni
memikirkan
macam mana nak cover malu kat seketeri
dia tu..
Boss: Errr… tadi pagi masa you nampak
garage I
terbuka.. ada tak you nampak BMW kat
dlm tu?
Seketeri: Tak.. yg I nampak cuma ada
MINI
COOPER ngan dua tayar depannya
pancit!!!!!!
~~~~~
wear your underwear!!!

pregnent


Sudah sekian lame xmenjenguk blog sendiri... bersawang suda...terima kasih pada kawan2 yg masih sudi menjejak kaki dkat blog ini..

Sue nak kongsi berita gembira dengan kalian...syukur alhamdullilah hampir genap setahun usia perkawenan kami, aku bakal menjadi ibu .. insyALLAH bln ogos nanti.. Doakan sue & baby dalam kandungan ini selamat sampai waktunye.. AMIN..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...