Khamis

sekolah khas dibuka esok

Remaja hamil boleh daftar
MELAKA: Sekolah Harapan khusus untuk remaja hamil yang sepatutnya dibuka kerajaan negeri hari ini, akan memulakan operasinya esok, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata, sekolah itu sepatutnya boleh dibuka pada tarikh dijadualkan, tetapi terpaksa ditunda disebabkan cuti umum sempena Hari Malaysia yang julung kali diraikan.
Katanya, walaupun setakat ini masih belum mempunyai pelajar, dilengkapi kemudahan asrama itu tetap dibuka bermula jam 10 pagi esok.

“Sekolah ini akan memulakan operasinya dan sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan. Segala butiran diri dan maklumat pelajar yang mendaftar di sini akan dirahsiakan pengurusan sekolah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seri Bendahara, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Menyediakan sesi pembelajaran bagi pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima termasuk kemudahan khas bagi pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setakat ini, sekolah terbabit mempunyai lima kakitangan iaitu seorang penyelia, pemandu dan tiga guru yang dipinjam daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 setahun untuk mengendalikan sekolah berkenaan membabitkan tempat tinggal, makanan dan minuman serta kos penjagaan bayi dilahirkan.

info daripada berita harian

p/s : lepas neh harap2 dah xdelah kes buang bayi kt malaysia dgn adanye penubuhan sekolah khas oleh pihak kerajaan (untuk remaja bawah umur)..

2 ulasan:

Bella Enveeus berkata...

Ya, lebih cepat dibuka sekolah ini lebih bagus.. Namun, adakah ini penyelesaian yang terbaik? Atau mungkinkah ini membuka jalan kepada lebih masalah? :(

sue/allya/zalya berkata...

insyALLAH..bole mgurangkan masalah ini,..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...