Sabtu

selamba isap rokok

SS boleh katakan kita semua sekarang sedang demam nak raya. Ada yang kalau boleh setiap hari nak dengar lagu raya sebab nak dapatkan feel, malah ada juga yang sibuk menghitung hari bila nak bercuti raya.
SS perhatikan sudah ramai juga yang mula hantar kad raya menerusi laman sosial facebook (fb) sebab lebih mudah dan lebih menjimatkan wang. Bukan golongan kanak-kanak saja, tapi golongan dewasa juga sibuk buat persiapan untuk Aidilfitri. Maklumlah kita sambut pun hanya sekali dalam setahun. Namun walaupun ghairah nak beraya, ibadat berpuasa jangan pula sesekali dilupakan. Sejak kecil lagi SS sudah diajar perkara ini oleh orang tua SS dan juga guru serta ustaz di sekolah.
Bagaimanapun, dalam pada itu SS diberitahu pula mengenai sikap jelik seorang artis kita yang sudahlah tak puasa, selamba pula hisap rokok depan khalayak ramai. Kata sumber yang menyampaikan cerita ini kepada SS, artis yang lahir dari program realiti komedi ini dan seorang lagi artis lain diundang untuk terbabit dalam program anjuran sebuah kolej yang tak kurang popularnya.

Namun yang tak seronoknya, asal program berhenti rehat saja, artis komedi ini tak lepas peluang untuk merokok. Dia bukanlah merokok secara sembunyi-sembunyi, tapi depan pelajar yang turut serta pada hari berkenaan. Amboi, melampaunya. Kalau SS ada di situ, SS akan telefon jabatan agama supaya tangkap dia supaya jadi pengajaran. Kalau dia ketagih sangat sampaikan boleh mati kalau tak merokok, apa salahnya dia pergi hisap di tandas. SS tengok orang lain boleh saja tahan ketagih, jadi apa alasan yang dia nak bagi lagi? Sumber itu kata, banyak pelajar yang tengok kejadian ni bercakap sesama sendiri. Agaknya mereka kutuk dia. Yang kesiannya, artis lain juga pasti jadi mangsa kerana nanti mereka ingat perangai artis semua buruk macam dia.

SS nasihatkan artis komedi ini supaya berubah sikap. Jangan ingat apa yang ditunjukkannya buat orang suka kerana sebaliknya mereka lagi akan meluat dengan perangainya. Lagipun dia bukanlah popular sangat pun. Tak payahlah nak cari publisiti murahan sebegini rupa. Tak sesuailah.

petikan diambil dri sosehsoseh(metro)
 
p/s :teringat aku ble bca artikel neh. mggu lepas time blik hometown aku da jumpe mamat isap wokok selamba aja tayang yg dia tu xpose. time tu benti dekat trafic light simpang umoh sebelah kete aku plak 2. mmg xmalu btoi org tu.. nk snap pix, tp xsempat pulok.. pemes dia klu aku letak kat sinie.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...