Khamis

Tahniah

SYAWAL kali ini cukup bermakna buat keluarga selebriti masakan, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail, 52, dengan kehadiran cucu sulungnya, Tristan Tareef O’luanaigh yang dilahirkan Serina pada hari raya keempat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur jam 6.13 petang.

Menurut Chef Wan, kehadiran bayi lelaki seberat 2.85 kilogram yang dilahirkan secara normal itu ternyata perkhabaran menggembirakan bagi seluruh anggota keluarga dan kenalan. Malah sukar untuknya meluahkan perasaan selain memanjatkan kesyukuran kerana anaknya selamat melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup bersama Gavin Edward O’luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33. “Alhamdulillah kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Salahudin sentiasa menemani Serina sepanjang proses kelahiran itu. Serina juga memaklumkan dia bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar. Kelahiran Tristen memberi makna yang cukup besar buat kami sekeluarga sekali gus menambah keceriaan pada musim perayaan ini,” katanya.

Dia yang turut mengazankan cucu sulungnya itu berkata Tristan Tareef O’luanaigh bermaksud ‘lain daripada yang lain’ dalam bahasa Arab. Kali pertama menatap wajah bayi comel itu dia memaklumkan cucunya mirip ibu bapanya, namun matanya sama seperti datuknya. Cucunya itu berambut hitam dan berkulit cantik.

Kata Chef Wan, kelahiran cucunya itu membuatkan dia berazam meluangkan banyak masa bersama anak dan cucunya itu ketika proses berpantang. Lebih menarik apabila dia turut berpeluang merasai pengalaman sebagai datuk pada usia sekarang. Sementara itu, pengacara dan pelakon, Serina menyifatkan pengalaman melahirkan anak sulungnya itu meninggalkan kenangan yang sukar dilupakannya. Malah dia bersyukur kerana melalui detik cukup menyeronokkan ketika melahirkan bayi pertamanya itu.

“Saya bersyukur kerana dan gembira kerana dapat melahirkan anak pertama tanpa sebarang kesukaran. Selalunya orang kata bersalin itu sakit, menakutkan dan pelbagai lagi pengalaman yang saya dengar. Bagi saya, bersalin adalah pengorbanan seorang ibu.

“Apabila melalui proses melahirkan anak ini, barulah dapat merasakan diri kita seorang wanita yang sejati. Malah kelahiran bayi ini sebagai pelengkap dalam alam rumah tangga.

“Bagaikan satu rahmat kerana proses bersalin mudah. Mungkin disebabkan saya aktif ketika mengandung dengan membuat kuih raya dan berniaga,” katanya.

Serina bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan doktor. Dia dijangka berpantang di kediaman bapanya di Ampang, Selangor.

info daripada metro
p/s : perghhh susahnye nk menyebut nama ank dia..tergeliat lidah..nak bby juga ,turn aku bile lagi erk...doa2 kan kmi ya..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...