Isnin

Penyakit Kelamin Akibat Seks Bebas part 1

Herpes Genital
Apa itu Herpes Genital?

 
  • Jangkitan virus yang disebabkan oleh Virus Herpes Simplex Jenis 1 dan 2 (HSV 1 and 2)
  • Kebanyakan disebabkan oleh HSV 2.
  • HSV 1 disebar melalui :
    • Berkongsi perkakas makan
    • Bercium dengan mereka yang mengalami ulser(cold sore)
  • HSV 2 disebar melalui hubungan seks.
    • Vagina
    • Oral
    • Dubur
  • Virus ini boleh disebarkan kepada orang lain walaupun tiada ulser di bahagian kemaluan.
  • Setelah dijangkiti, virus ini akan kekal di dalam badan sehinggalah ia dirawat.
Bagaimana anda tahu anda dijangkiti herpes?
Sesetengah individu tidak menunjukkan sebarang gejala/tanda. Walau bagaimanapun sesetengah dari mereka mungkin mengalami gejala seperti :
  • Gatal atau sakit yang berlaku setelah beberapa hari terdedah kepada virus.
  • Kemudian menjadi ruam yang bertukar menjadi merah dan melepuh pada bahagian :
    • Vagina
    • Punggung
    • Dubur
    • Buah zakar
    • Penis


Ulser pada penis
  • Ruam yang melepuh kemudiannya akan pecah mengeluarkan cecair atau darah dan akhirnya sembuh 2 hingga 4 minggu kemudian.
  • HSV 1 menyebabkan ruam/ulser pada mulut, bibir atau hidung.
  • Gejala seperti demam dan bengkak pada kelenjar limfa mungkin berlaku.
Apakah yang berlaku kemudian?
  • Setelah ruam yang melepuh itu sembuh (samada dengan rawatan atau secara spontan), virus ini akan kekal berada dalam badan tetapi tidak aktif (dorman).
  • Apabila sistem pertahanan badan anda rendah, ia akan diaktifkan semula dan menyebabkan ulser yang sangat sakit dan menyiksa.
Sistem pertahanan badan kita rendah apabila :
  • Kita merasa penat/lesu dan stres
  • Kita mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat
  • Semasa haid
Episod ulser ulangan adalah kurang teruk dan sembuh dalam jangkamasa yang lebih pendek.
Bagaimana Herpes Genital dirawat?
  • Setakat ini tiada ubat untuk Herpes Henital
  • Walau bagaimanapun doktor akan memberi anda ubatan antivirus untuk mengawal jangkitan ulangan dan merawat ulser/ruam yang melepuh
Apakah komplikasi jangkitan ini?
  • Herpes Genital meningkatkan risiko jangkitan HIV
  • Jika jangkitan herpes aktif semasa proses kelahiran, bayi berisiko untuk dijangkiti penyakit
  • Jangkitan Herpes pada bayi yang baru lahir boleh menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak), sawan dan kerosakan otak
Bolehkah kita mencegah Herpes Genital?
Herpes Genital dapat dicegah melalui :
  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Herpes Genital, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan(bkn untuk org islam,zina tuh berdosa besar..).
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
Jika anda juga mengidap penyakit Herpes Genital pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

p/s : Jauhi seks BEBAS!!!!!

9 ulasan:

L@g3nd@ buD@k N@k@L berkata...

teruk kan penyakit kelamin ni
sampai jadi cm 2
huuuu
takutnyaaaa
tnks sharing

Irwan berkata...

ni ada sedikit entry pasal kapelhud

http://akuskizo.blogspot.com/2010/07/kapelhud.html

Meera berkata...

oke . menakotkan. akan berhenti bersex bebas :D :D
*guran je oke

sue/allya/zalya berkata...

lagenda : hah taw xpe... sama2...

irwan: okies, nnti sue dtg..

meera : katakan TIDAK PADA SEKS BEBAS....neh bru sikit aja, ada sambungan lagi utk next entry... tunggu

misyamissyou berkata...

omg!! ewww..sangat geli..ishh..mintak la kite dijauhkan drp penyakit ni..hurmm

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza berkata...

omg ! ! seram nye !
geli !

seribahasa.com berkata...

tapi kat malaysia ni sek bebas dah jd mcm satu amalan seperti kat negara barat. mungkin mereka belum kena maka tak serik atau takut pada dosa.

sue/allya/zalya berkata...

mis: mmg geli pon... yuacks..

nur: seram??/ nmpak antuuu ke??

seribahasa: hah tau xpe, dorg pon nak ikot sgat cra mat salleh... ishhhhhh xtakot pada TUHAN KE?

Lizzie Yasmin berkata...

hish tiiba - tiba rasa sgt geli.. eee..harap - harap dapat padam kotak fikiran tgk pic tue...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...