Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.
Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.
Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:
- Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
- Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
- Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
- Surah Maryam.
- Surah al-Ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan