Sifilis
Apa itu Sifilis?
- Ia disebabkan oleh satu organisma yang dinamakan 'spirochete'
- Sifilis disebar melalui hubungan seks secara oral, dubur dan vagina
- Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan
Bagaimana anda tahu anda mengidap Sifilis?
Sifilis berlaku dalam 4 peringkat.
Peringkat 1
- Ulser yang tidak sakit dan kemerahan pada vagina , dubur , penis atau mulut
- Ulser ini dipanggil 'primary chancre' dan akan hilang selepas beberapa minggu
- Kelenjar limfa mungkin membengkak pada masa yang sama
- Seseorang yang terdedah kepada sifilis mungkin tidak perasan kehadiran 'chancre' yang mungkin timbul selepas 3 hari hingga 3 bulan kemudia.
Peringkat 2
- Jika tidak dirawat, ruam akan timbul pada bahagian badan, kedua-dua belah tapak tangan dan tapak kaki.
- Ulser boleh timbul pada bibir , mulut , kerongkong ,vagina dan dubur
- Gejala seperti selesema, demam dan sakit badan mungkin berlaku.
- Peringkat 2 boleh berlaku selama 1-2 minggu dan akan hilang walaupun tanpa rawatan
Peringkat 3
- Jika tidak dirawat pada peringkat awal, seseorang itu akan terus memendam penyakit sifilis tanpa sebarang tanda/gejala. Ia akan berlarutan sehingga beberapa tahun.
- Walau bagaimanapun ia dapat dikesan melalui ujian darah.
Peringkat 4
- Jika masih tidak dirawat, ia akan melarat ke peringkat lebih teruk iaitu 'Tertiary Syphilis'
Di antara gejala-gejalanya adalah:
- Kesukaran untuk berjalan
- Kebas
- Buta secara beransur
- Kematian
Apakah komplikasi Sifilis?
- Sifilis sangat merbahaya jika ianya tidak dirawat
- Jika berlakunya kerosakan pada otak dan masalah kesihatan yang serius, ia tidak dapat dirawati lagi
- Ibu yang hamil akan menjangkiti bayinya menyebabkan kecacatan bayi yang teruk sejak lahir.
Bagaimana Sifilis dirawat?
- Doktor anda akan membuat diagnosa selepas membuat pemeriksaan dan ujian darah
- Sifilis peringkat awal boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik
- Pesakit yang kronik memerlukan rawatan yang lebih lama
- Malangnya, kerosakan pada tubuh badan pada peringkat akhir tidak dapat dirawati lagi
Bagaimana Sifilis dicegah?
Sifilis dapat dicegah melalui :
- Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
- Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
- Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
- Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Sifilis, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
- Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
Jika anda juga mengidap penyakit Sifilis pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
3 ulasan:
woh...ngeri nya...huhu...itulah sbb Tuhan kata HARAM...MAKA JGN LAH BUAT...
adeh..ngeri la tgk..huhu..jauhi seks bebas !
haram pada telinga...kalau dpn mata?
habisssss...ekeekekekek
Catat Ulasan