Sabtu

Tip Mudah Penjagaan Payudara

Salah satu bahagian terpenting dalam anggota badan manusia (terutama utk wanita)...selame u ols  memilikinye , penah tak u ols amik tahu hal ini??? hah, musti ada yg jawab ye & ada yang jawab tidak(jgn tipu erk, tuhan mare)..owh nonono , u ols xbole wat gitu, so sue akan kongsi sikit tips yg sue dapat dengan u ols  sume yerk.. bg yg amik tahu, bole gaks check, tgk samada betol tak pe yg u ols dah praktikkan..


 
1. Periksa payudara anda

U ols digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara u ols sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk u ols lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid, payudara u ols masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor.

2. Jauhi pembedahan

Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum u ols mengambil keputusan untuk melakukan u ols digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang u ols akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.

3. Kesihatan payudara

Bagi mendapatkan bentuk payudara ynag menawan, u ols digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat memberi kepuasan kepada u ols kerana ia akan menjadikan payudara u ols cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral :

i) Senaman biasa
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil u ols memandang ke atas.
-u ols diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.

ii) Yoga
-untuk melakukan senaman secara yoga u ols perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.

4. Sentuhan lembut

Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara u ols. Cara urutan yang disyorkan kepada u ols adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara u ols.

5. Menjaga kebersihan payudara

Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila u ols melakukan pemeriksaan, u ols haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian puting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting.

6. Guna baju dalam yang sesuai

Apabila u ols memilih baju dalam, u ols haruslah memilih mengikut kesesuaian u ols. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu , haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada di dalam keadaan yang betul.

7. Penyusuan

Ketika menyusukan bayi, u ols haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi  tidak menarik payudara . Di dalam proses penyusuan berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam.

u ols juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.

8. Jangan ramas payudara(utk yg dah kawen) 

U ols dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara u ols lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi u ols harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.

p/s : hargailah anugerah tuhan yg xternilai ini.. kalu yg kecik tuh, xpyh nk besarkan, & sebaliknye.. bersyukur apa yg ada.. daripada xada langsung...untuk lelaki pon bole gaks.. dorng pon ada payudara .. http://www.emocutez.com

3 ulasan:

FiesyaaChacha berkata...

Nice tips sis.. Thanks! :)

sue/allya/zalya berkata...

sama-sama..

nurredvelvet berkata...

tips yg berguna esp yang last.owh.bru tau.heheheh

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...