musti korg penah lalui benda2 mcm neh.. mcm aku gak la.. aku was2 klu nk berubat time bln pose neh tmbah jumpe doc siang hari.. hah kt bwh neh, aku ada share serba sikit.. jom kita tambh ilmu same2.
1) Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudharatan yang boleh mengancam nyawa maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal puasanya. Penggunaan dalam keadaan biasa bolek membatalkan puasa kerana cecair gas itu boleh terasa di kerongkongan.

2) Tiadak batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa tetapi makruh, begitu juga berbekam.
3) Tidak batal puasa orang yang terpaksa mendapatkan suntikan daripada doctor bagi tujuan perubatan kerana darurat.
4) Batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau memasukkan cecair gelukosa dan sebagainya ke dalam badan melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta menyebabkan rasa kenyang.
5) Tidak batal puasa orang yang memakai contact lens (kanta lekap) pada matanya ( neh bkn kategori berubat, but 1 info gak kan??)
6) Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata pada mata ketika puasa kecuali jika diyakini cecair yang dititiskan itu terasa masuk sampai ke kerongkong dan ditelan, maka batal puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa.
info daripada al azim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan