Isnin

biler manusia dah terlebih bertamadun

Macam tak caya aje, tapi ini la hakikat manusia zaman sekarang nie.. Maaf, gambar agak menjijikan.. Jangan paksa diri untuk tengok sampai habis.. Aku tak taw ape motif dorang buat macam nie, nak kata terapi or untuk kecantikan.. Yuacks!!! Kalau aku, tak sanggup..


Jumaat

muqri





Kejap masa berlalu, muqri dah 2 bulan.. Pergi check up berat muqri dah 4.9kg, tinggi 58cm.. Patot la lengguh tangan bler dukung dia, anak mak makin tembam.. Menyusu pon makin kuat, kadang-kadang tak daya nak melayan.. Kena cucuk, nasib nages kejap saje..

Seronok sangat melayan kerenah muqri sekarang nie, dah pandai ketawe, senyum, cakap.. Aku bersyukur pada Tuhan kerna memberi peluang merasai nikmat menjadi seorang EMAK..

Ahad

permata hati kami





Syukur alhamdulilah pada tanggal 8.8.2011 jam 6.45pagi bertempat di hospital pusrawi kuala lumpur, sue selamat melahirkan seorang baby boy yang diberi nama MUQRI ZUHAIRI BIN DZARIFF..  Semoga muqri menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab dan berguna pada ibu ayah .. AMIN..

Rabu

sudah lame x update blog

Wah, sudah 3 bulan x update blog .. Lame gak tuh.. Maaf, sue agak sibuk + dengan keadaan yang xmengizinkan untuk sue update blog.. Belom terlambat rasanye sue, nak ucapkan selamat berpose.. Amacam pose hari ke-3, ada yg ponteng ke?? Kalu bole bio ler pose erk..Bukanye selalu pon kita berpose, Bulan Ramadhan jeh..Tapi kalau ada masalah tuh, bole la dimaafkan..

Alhamdulillah sarat2 mengandung nie, sue berjaya pose penuh setakat nie..Sekarang tengah tunggu biler baby nak kuar tengok mama n papa dia.. Due dah la tinggal lagi 1 mggu lebih aja iaitu 11.8.11.. Cepat la kuar sayang mama.. mama dah xlarat nak bawak badan nie..Doc cakap dah masuk laluan dari minggu 36 lagi, tapi sampai sekarang xde tanda2 pon.. Dah lah berat badan naik dengan jayanye.. Dari 40kg kepada 56kg..Harap dapat ler berat sebelum preg biler abis pantang nanti..

Korang doa2kan la untuk sue, mudah2an dipermudahkan segalanye..kalau ada tips2 penting meh la share dengan sue..

Selasa

check up 30 week






Untuk check up kali ni, pemeriksaan amat la sempoi.. tidak perlu nak tunggu lama2... 1 jam dah settel.. Just check urine, amik berat,tkanan darah ,check denyutan jantong bby n  kena suntikan kancing gigi utk 2nd dos.. Nasib dapt misi yang berpengalaman, so xde la rasa sakit sangat.. Cuma bila dah kena suntik tu, otomatik tangan jadi lengguh.. Badan pon tetibe lemah.. Alhamdulillah bby makin aktif menendang, sampai senak pewot ..  Next check up 2 mggu lagi (genap 8 bulan) .. Kejap nye masa berlalu.. Rase makin takot plak nak dekat bersalin nie ..

Khamis

cerita lawak.Kisah Ayam Masak Merah Special





Setelah sekian lama hidup bersama, Mamat risau yang pendengaran isterinya sudah tak berapa elok, jadi dia pun fikir yang isterinya, Minah mungkin memerlukan alat pendengaran yang baik. Kerana tidak mahu membuatkan si Minah berasa hati, Mamat pun bercakap dengan doktornya terlebih dahulu tentang bagaimana untuk membincangkan masalah itu dengan isterinya.


Doktor memberitahu Mamat bahawa ada satu ujian mudah yang boleh dilakukannya di rumah supaya doktor itu dapat mengagak tentang betapa teruknya masalah pendengaran si Minah.

“Ini apa yang patut awak lakukan,” kata doktor itu, “berdiri kira-kira pada jarak 40 kaki daripada isteri awak, kemudian bercakaplah dengan nada suara yang biasa dan lihat jika dia dengar kata-kata awak. Jika tidak, awak berdirilah pada jarak 30 kaki, atau 20 kaki, dan seterusnya sehingga awak mendengar respon daripada isteri awak,”

Pada petang itu, si Minah sedang memasak di dapur, dan Mamat berada di ruang tamu. Dia pun berkata pada dirinya sendiri, “Hrmm aku sekarang ni agak-agak dalama 40 kaki dari si Minah ni, apa kata aku test apa doktor suruh buat tadi pastuh tengok apa jadi.” Kemudian dengan nada suara yang biasa, dia bertanya, “Sayang, awak tengah masak apa tu?”

Tiada balasan.

Lalu si suami beredar lebih dekat ke dapur, kira-kira 30 kaki jauhnya dari isterinya dan mengulangi soalannya tadi, “Ehermm yang~, apa yang awak tengah masak tu?”

Masih tiada balasan.

Kemudian dia beredar ke ruang makan di mana dia berdiri kira-kira 20 kaki jauhnya daripada si Minah dan bertanya lagi, “Ayang, awak tengah masak apa tu?”

Sekali lagi tiada balasan yang diterima.

Lalu dia berjalan menghampiri pintu dapur, kira-kira 10 kaki jauhnya dari si Minah. “Sayang, apa yang awak masak tu?”

Tiada balasan lagi…

Lalu, si Mamat pun berjalan ke arah isterinya dan berdiri betul-betul di belakang Minah. “Yang, masak apa tu?”

(Kali ini Mamat‘mendengar’ jawapannya…)

“Hishh abang nie! Berapa kali nak cakap daaa, dah masuk lima kali saya sebut  – saya tengah masak AYAM MASAK MERAH! Dengar!?”




Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional


Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus.



kacang hijau
 
1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.

lidah buaya /daun bunga raya

2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.

 telur ayam kampung

3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu. selamat mencuba!

Rabu

apa punye laki daaaaaaaaa.



Pelik dgn kwn laki aku sorg nie, ada hati nk ngorat adik aku.. tlg la, perangai buruk ko 2, ckup aku knal.. ingt adik aku nie bahan permainan ke? Kata nak kwn, alih2 bole plak kua statment nk melamar .. Apa kejadah.. Klu kwn wat cra kwn, nie x,.. Siap pggil syg2 lagi.. Amboi mudah benar ungkap syg2 pdhal bru 1 mggu kenal.. kenal pon xbersua muke.. Aku benci laki jenis gini.. Aku syg adik aku, so aku nk yg terbaik utk dia.. Sila berambus dri idup adik aku..Ko mmg xlayak utk adik aku.. Sungguh desperate sgat ko erk.. Bunge bkn sekuntum, kumbang bkn sekor.. Aku sgat2 simpati dkat ko, sbb ko skrg nie sdg sibuk cari perhatian dri mmber kita yg len.. Teruskan la apa yg ko nk wat.. Nmpk sgat ko nie bkn kategori yg baik + xnak terima apa yg aku ckp mengenai diri ko.. Biasa la org dah buat slah , mne nak mgaku keslhan nye.. Ape2 pon, skrg nie aku appy , sbb ko dh xkacau adik aku..bagus!!!

Carilah org len yg ko nak jdikan dia mangsa ko seterusnye..

rumah paling aneh

Ahad

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

 
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

p/s ; sangat2 setuju..adakah anda bersetuju..

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...